Tuntutan ganti rugi dan keadilan Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat

Presiden Ronald Reagan menandatangani Akta Kebebasan Awam 1988 (Civil Liberties Act 1988) pada bulan Ogos 1988 yang memperuntukkan ganti rugi untuk warganegara berbangsa Jepun yang ditahan.

Tindakan menuntut keadilan terhadap masyarakat berbangsa Jepun tercetus hasil pergerakan hak-hak awam yang berleluasa pada dekad tahun 1960-an apabila generasi muda selepas orang-orang tua mereka yang ditahan mula menuntut permohonan maaf dan ganti rugi dari pemerintah persekutuan secara rasmi - tumpuan perjuangan mereka lebih kepada ketidakadilan dan penderitaan mental yang disebabkan oleh penahanan orang-orang tua mereka tersebut. Perjuangan mereka membuahkan hasil dengan suatu kenyataan oleh Presiden Gerald Ford bahawa tindakan tersebut "salah" dan merupakan "suatu kesilapan" yang "tidak akan lagi berulang".[37]

Sebuah pertubuhan iaitu Liga Rakyat Amerika Berbangsa Jepun (Japanese American Citizens League, JACL) yang telah bekerjasama dengan pentadbiran semasa perang mula mengambil bahagian dalam pergerakan ini di mana tiga tuntutan diambil iaitu ganti rugi sebanyak $25,000 diberikan kepada setiap orang yang ditahan, permohonan maaf dari Kongres mengakui kesalahan pemerintah Amerika Syarikat, serta pewujudan suatu yayasan pendidikan untuk keturunan bangsa Jepun.

Pada 10 Ogos 1988, Presiden Ronald Reagan menandatangani Akta Kebebasan Awam 1988 tajaan Wakil Norman Mineta dan Senator Alan K. Simpson. Akta tersebut memperuntukkan memberikan ganti rugi kewangan sebanyak $20,000 untuk setiap tahanan yang masih hidup, lalu berjumlah $ 1.2   bilion. Persoalan yang harus diberikan ganti rugi, berapa banyak, dan kesesuaian peruntukkan kewangan yang diberikan kadangkalanya saling dihujahkan dalam masyarakat bangsa Jepun serta pihak Kongres. [38]

Rujukan

WikiPedia: Penahanan warga bangsa Jepun di Amerika Syarikat http://caselaw.lp.findlaw.com/scripts/getcase.pl?n... http://books.google.com/books?id=GCFT3SXwsWQC&prin... http://books.google.com/books?id=ORE5wfUNdccC&pg=P... http://articles.latimes.com/1998/feb/28/local/me-2... http://www.nddcreative.com/sfjhw/sfjhw_pdf/sfjhw_s... http://www.fdrlibrary.marist.edu/_resources/images... http://amhistory.si.edu/perfectunion/non-flash/rem... http://www.archives.gov/genealogy/immigration/enem... http://www.colorado.gov/dpa/doit/archives/wwcod/gr... http://www.nps.gov/